Wednesday, March 12, 2014

Bongkar! Air Mineral Spritzer haram diminum?

Salam.., korang pernah dengar atau tahu dak isu pasal Air Mineral Spritzer Haram diminum kerana sumber air Spritzer dari kubur cina..??
Kok yang pernah dengar tu maksudnya pernah baca di blog ataupun facebook yer dak..??? contoh ayat yang tersebar adalah dibawah ini



Fuh….dia punya ayat kemain lagi islamik menyusuk kalbu yer dak..?? Yang baca tu pun kemain ramai la share konon prihatin sayangkan agama dan tak selfish katanya..hehe

Dan ada beberapa blogger pun samdul share la di blog masing-masing menandakan sayangkan umat islam tapi tanpa siasat dapat dari sumber yang sahih hehe

Antara ayat blogger yang ada ialah :

Takk boleh percaya Cina ni … Kalau berniaga, mesti menipu. Depan nampak bersih, kemas dan professional tapi belakang lain cerita. Cina pun bukan mempunyai tabiat dan cara hidup yang bersih. Buat apa nak beli barangan buatan Cina Teruskan boikot. Jangan seposen pun duit hala kta sampai ke tangan cina.

Kejadah apakah ini point dia jangan beli produk orang Cina hahaahha. sebenarnya isu ini dah dekat 10 tahun bukan baru tahun lepas ataupun tahun ini..tapi bila dah ada facebook kecoh la kembali yer dak..?

Ada lagi tu gua baca siap tulis,

Kami orang taiping dah lama tahu air spritzer ni kotor sebab dekat dengan kubur…kami orang taiping tak minum air spritzer

Korang setuju ke dengan Fakta yang diberikan diatas..??? ok gua siasat menggunakan Google Earth kita tengok



Nampak gambar diatas tu..katanya jarak antara kubur dengan kubur cina adalah 500meter.., ok gua setuju la mengikut daripada ukuran lurus ini..

Tapi kalau orang kampung situ setuju air dari kubur boleh meresap ke tanah lalu menjadi air dan korang geli untuk minum air Spritzer tu, kenapa korang tak geli dengan sumber air ke rumah korang..?? sebab kalau korang nampak dari gambar google earth tu, kolam takungan air tu pun lagi dekat dengan kubur cina..hehe, kolam itu adalah milik Lembaga Air Perak (LAP)

Jangan jadi bebal bila tengok gambar gini korang kata dekat dan boleh resap gitu…, bentuk muka bumi tu pun berbeza kawan-kawan.., kolam tu lagi tinggi dari tanah kubur tu dan sumber air dari kilang Spritzer tu pun lagi tinggi dari tanah kubur tu..ahahahaha

Gua tunjukkan lagi mana datang punca Kilang Air Spritzer…, tengok gambar bawah ni



Punca Air Spritzer datangnya dari 9 buah punca air , di mana letaknya ialah di atas bukit hutan simpan dimana ianya milik sepenuhnya Spirtzer sendiri.., antara lokasi punca air yang Spritzer korek dan dapat air mineral ialah yang gua bulatkan digambar atas.

So mana datangnya cerita Sumber Air Spritzer datang dari kolam besar tu..?? tu kolam besar milik Lembaga Air Perak (LAP) bang oi…, siap berpagar lagi..takda kerja si Kilang Spritzer ni nak amik air dari kolam tu hahahahaha



Gambar diatas adalah contoh rumah pam untuk sumber air bawah tanah milik Kilang Spritzer..Korang tau dak tanah milik Spritzer ini seluar 330 ekar oi..!! kalau korang bebal nak bayangkan besar mana, ianya sama dengan 330 kali padang bola sepak haaa…hihi jangan marah ek gurau je sayang (”,)

Kedalaman untuk Spritzer dapatkan punca air mineral pula ialah lebih dari 400 kaki dari bawah tanah..fuh..fuh..!! logik akal pun boleh pikir macam mana sumber air dari kedalaman 400 kaki macam mana bersih yer dak..? dan dorang bukan main korek je tapi ada pakar yang akan cari tempat untuk dikorek untuk mendapat punca air.., kalau main korek je dapat lumpur jer bro..hehe.. konsep dia sama macam gali carik minyak di laut..paham dak..??

Gua dan si blogger boroi Ben Ashari dengan yakin dengan tanda HALAL yang ada, dan kami minum air Spritzer tanpa was was.. Produk keluaran Spritzer semua telah disahkan oleh JAKIM, SIRIM, HACCP, dan Kementerian Kesihatan Malaysia….so jadah apa nak ragu lagi yer dak..??

Bukan tu sahaja si Kilang Spritzer ini dah 12 tahun berturut dapat anugerah Trusted Brand Platinum Award…, banyak lagi anugerah dia.., kalau gua nak taip semua anugerah dia letih menaip wei..hahaha


Kenapa Spritzer dapat banyak anugerah…??? sebab panel juri dari dalam dan luar negara dah tengok sendiri macam mana proses air dari bawah tanah yang kilang ini buat dah mereka yakin…!!! Yang ramai menggelabah buat fitnah tu semuanya duduk depan komputer dan kilang pun tak pernah jejak main sebar je hahahaahah

Jadi hentikan je lah fitnah yang mengatakan sumber air mineral Spritzer datangnya dari kubur.., kalau korang main share je nanti orang baca buat bahan gelak je hihi….

Amik perumpaan dari rakan blogger Shakiddo

“Ada pokok mangga dan rambutan di tanam tepi kubur. Boleh tak kita makan buah mangga dan rambutan yang sedap tu? Cer citer..”

Mana gua tahu detail ini semua sebab gua sendiri dah melawat tapak Kilang Spritzer di Air Kuning Perak…, bukan gua seorang.., tetapi lebih dari 20 orang blogger menjadi saksi..

So orang TAIPING yang konon tahu mana datang sumber air mineral spritzer…, tak tau jangan buat-buat tau.., ang pi dulu lawat kilang Spritzer tu sendiri sebelum menabur fitnah..hahaha



Untuk tambahan fakta :

- Air cactus yang juga keluaran dari kilang spritzer juga selamat diminum.., ada cerita air cactus campur dengan air holly water bagai tu semua fitnah je..

- Air mineral jenama MESRA yang dijual di Petronas juga datangnya dari Kilang yang sama iaitu Kilang Spritzer Air Kuning..bukan air mineral MESRA sahaja..banyak lagi jenama lain yang menggunakan punca air di kilang ini

- Kualiti air yang dibotolkan di kilang spritzer setiap jenama berlainan kualiti kerana seperti diterangkan diatas, mereka ada 9 punca air bawah tanah..dan air mineral yang terbaik iaitu ada kandungan silikon / asid ortosilisik(OSA) hanya terdapat di Air Mineral Spritzer

Semua Jawapan Kami Konsisten, Tiada Kekeliruan - Hishammuddin


 
















SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein Tun Hussein hari ini memberitahu pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas.
“Tidak ada apa-apa kesan ditemui, tidak ada kotak hitam milik MH370 dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
“Fokus kita untuk mencari pesawat. Kita melakukan operasi di Laut China Selatan dan Selatan Melaka.,” katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.
Beliau juga mengesahkan lebih ramai pakar dibawa ke dalam negara untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
“Kita bekerjasama dengan banyak pihak, kita membawa pakar untuk menganalisis data terkumpul oleh tentera dan penyiasat awam dari barat dan timur, termasuk NTSB AS,” katanya.
Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.
Beliau menolak dakwaan bahawa lebih banyak kekeliruan kini timbul apabila pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ditemui yang masuk hari kelima hari ini.
“Banyak soalan spekulasi kita jawap sepanjang sidang akhbar sejak Sabtu lalu.
“Kalau kita tahu di mana kita akan fokus kepada satu kawasan. Semua jawapan kami adalah konsisten. Sebab itu kita deploy semua pesawat dan kapal serta operasi mencari dan menyelamat kepada dua kawasan.
“Selagi kita tak jumpa pesawat kita tidak akan hentikan operasi,” tegas beliau.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 12 negara menyertai misi SAR pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei.
Beliau berkata Malaysia juga amat mengalu-alukan lebih ramai pakar dalam bidang penerbangan tampil membantu operasi SAR.
“Kita bekerjasama dengan banyak pihak dan setakat ini tiga negara lagi iaitu India, Jepun dan Brunei turut menyertai misi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.
“Sehingga kini 39 pesawat, 42 kapal dan 12 negara bersama dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 ini,” katanya lagi.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Vietnam, Hishammuddin menjelaskan kerajaan telah menghantar satu nota diplomatik kepada kerajaan Vietnam semalam supaya Malaysia boleh menghantar bantuan operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan negara itu.
“Ada tuduhan kerjasama dengan Vietnam tak erat. Kita menafikannya. Usaha nencari dan menyelamat pada tahap kebertanggungjawapan pihak Vietnam. Mereka tidak menolaknya.
“Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Vietnam. Apa yang kita tahu setakat ini kerjasama itu sangat baik sehingga hari ini,” jelas beliau.
Sebelum ini dilaporkan Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.
Selain itu, menurut laporan AFP, operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya. – Astroawani.com